Wednesday, October 21, 2009

Swine flu

Malaysia Has H1N1 Vaccine For Swine Flu
KUALA LUMPUR, April 27 (Bernama) -- Malaysia has the vaccine for swine flu which can be used to stop the spread of the disease to this country.

Veterinary Services director-general Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin said the H1N1 vaccine should be injected into pigs as a preventive measure following reports of 81 people killed by the swine flu in Mexico.

He told Bernama that the department was only waiting for the directive from the Health Ministry to carry out vaccination on the livestock.

He believed that the H1N1 vaccine was also used by pig farms in other countries as a preventive measure against swine flu.

Dr Abd Aziz also disclosed that Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai had issued a directive to all State Veterinary Services directors to monitor pig farms in their respective states as a precaution and to report on any sign of swine flu infection.

"Stern action will be taken against them if they fail to do this. They must also ensure that all the pig breeders follow instructions like their workers must wear masks," he said.

Dr Abd Aziz said state livestock breeders' associations were required to cooperate with the Veterinary Services Department by reporting on any symptom of swine flu.

"If their workers have similar symptoms for influenza, high fever, sore throat and body aches, they must be given leave and undergo medical examination immediately."

Dr Abd Aziz said so far the department had not received any report of swine flu symptoms in the country, while the disease also had the potential of being spread to birds but the possibility was remote.

"If avian flu can spread through food like by eating chicken, swine flu cannot be spread by eating pork but through human contact," he said


Read the rest of this entry >>

Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan
Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.


Read the rest of this entry >>

Amalan Menabung

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?
“Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah,”begitulah lumrah manusia dalam kehidupan. Menjelang era millieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke dapen dengan tidak berlengah-lengah. Marcapada, pencapaian kebendaan dan kebendaan telah menjadi arah tuju ke Wawasan 2020. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana “ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
“Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Mereka merupakan ‘pencipta’ insan yang baharu ini. Anak-anak masih bersih daripada apa-apa sahaja unsure jahiliah. Mereka datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam batin anak-anak. Ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruh apabila mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini “bagai mencurahkan air ke daun keladi”. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam batin anak-anak sejak kecil kerana “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa perlu membarikan ajaran dan didikan agama juga. Tidak mengira apa-apa agama, sama ada agama Islam, agama Kristian, agama Buddha atau agama Hindu, semua agama ini menyebarkan matlamat yang sama, iaitu membentuk individu yang berwibawa, berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berkarismatik. Oleh itu, kanak-kanak yang berada di bawah pengaruh agama ini mestilah mampu mengelakkan diri daripada unsur negatif dan budaya Barat yang bercanggah dengan norma masyarakat tempatan. Ibu bapa perlu mengajar dan memberitahu tempat pelabuhan emosi yang terumbang-ambing dalam kepelbagaian masyarakat ini. Kebatian diri yang utuh merupakan senjata yang paling ampuh untuk melindungi diri daripada sebarang kemungkaran. Ibu bapa perlu senantiasa menerapkan ajaran agama dari semasa ke semasa dan tidak putus asa, bak kata peribahasa Melayu, “patah sayap bertongkak paruh, patah paruh bertelekan”. Oleh itu, ajaran agama perlu diterapkan sebagai usaha sinergi untuk memupuk amalan menabung.
“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh baik sebagai teladan anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereaka sendirilah yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang didirikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruh anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan amalan ini manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan “Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu pula menunjukkan “ada hati semua jadi, ada beras semua deras”. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirisi untuk menerajui Negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air bersih, ikannya jernih”.


Read the rest of this entry >>

Khidmat Negara

1. Apakah Maksud Khidmat Negara?

Latihan Khidmat Negara (LKN) adalah satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan ala Malaysia berteraskan tiga modul utama.

2. Apakah struktur latihan dan peratusan latihan Khidmat Negara?

Struktur Latihan Khidmat Negara ialah 20% latihan asas Ketenteraan – Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, ‘reppeiling’ dan ‘abseiling’, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, ‘jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak – Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

40% elemen Khidmat Masyarakat – Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang yang terpilih menyertai Khidmat Negara tetapi tidak menyertainya?

Kegagalan menghadiri Latihan Khidmat Negara boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM 3,000 atau kedua-duanya sekali.

4. Kebaikan menjalani Khidmat Negara terhadap individu?

Kebaikan menjalani Latihan Khidmat Negara (LKN) adalah terletak kepada modulnya yang menekankan corak 3 jenis latihan iaitu:

20% latihan asas ketenteraan – Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, ‘reppeiling’ dan ‘abseiling’, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, ‘jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak – Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

40% elemen Khidmat Masyarakat – Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya

Latihan asas ketenteraan misalnya dapat membentuk tahap disiplin yang lebih baik kepada setiap peserta LKN melalui program-program yang telah dirancang.

Para peserta perlu melihat aspek positif perlaksanaan LKN kerana ia diadakan didalam suasana yang ceria, tidak terlalu menekankan aktiviti pembelajaran kelas, lebih bersifat riadah yang dapat mengelakkan aktiviti tidak sihat, dapat memupuk perpaduan melalui percampuran kaum, meluaskan pengetahuan mengenai Negara melalui elemen sejarah dan sebagainya.


Read the rest of this entry >>

John Cena in 6RS1





Yo.. yo yo yo yo


Read the rest of this entry >>

Monday, October 19, 2009

Sharing PA esei


karangan


Read the rest of this entry >>

Baru-baru ini ahli-ahli masyarakat sering mempersoalkan kecemerlangan universiti tempatan. Mereka berpendapat kualiti siswazah yang dilahirkan kurang bermutu. Mereka juga meragui kemampuan tenaga pengajar.Bincangkan sebab-sebab kemerosotan kecemerlangan ilmiah di universiti-universiti tempatan.


Intro :

1. Kini, sering dinyatakan di dalam akhbar tempatan tentang masalah para pensyarah di universiti yang menuntut agar skim gaji dan perhidmatan mereka dikaji semula supaya selaras dengan kerjaya mereka.

2. Benarkah masalah ini memberi kesan langsung terhadap kemerosotan kecemerlangan universiti ? Masyarakat umum menganggapi kemerosotan mutu akademik para graduan sebagai berpunca daripada kemerosotan dedikasi dan kualiti pengajaran para pensyarah.


Punca :

1. Faktor sejarah
Faktor-faktor kemerosotan ini dapat disorot melalui beberapa perkembangan pada masa-masa lalu. Misalnya, walaupun wujud tradisi kecemerlangan di universiti-universiti negara ini, penubuhannya lebih terdorong oleh
permintaan untuk mengeluarkan tenaga mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara. Penubuhannya bujanlah berdasarkankomitmen yang penuh untuk mencapai kebenaran dan ilmu pengetahuan semata-mata.

2. Sindrom ijazah dan diploma
Secara evolusi timbullah suatu kesan negatif di kalangan para penuntut universiti yang dikenali sebagai `sindrom diploma dan ijazah'. Dalam hal ini, rata-rata pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di universiti bercita-
cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Aspek ilmu pengetahuan diletakkan selepas cita-cita utama tersebut. Oleh yang demikian, ada kalanya universiti-universiti seperti ini disebut sebagai sekolah tinggi.

3. Campur tangan pihak pemerintah
Campur tangan pihak pemerintah dalam urusan pentadbiran universiti juga berperanan dalam menimbulkan keresahan di kalangan para ilmuan. Misalnya, pengawalan universiti oleh satu majlis yang dilantik oleh kerajaan. Para wakil dalam majlis tersebut diberi kuasa untuk menentukan hala cara dan peranan bidang akademik. Hal ini menjadikan universiti seolah-olah suatu lanjutan daripada sebuah jabatan kerajaan. Hal inilah yang berlaku di universiti- universiti tempatan.

4. Perlantikan pegawai utama universiti
Begitulah juga halnya dengan perlantikan pegawai-pegawai utama universiti yang ditentukan oleh pertimbangan politik dan ketaatan kepada ketua mereka. Perlantikan tersebut bukanlah berdasarkan kepada kajaguhan akademik,kecekapan mentadbir atau kekananan perhidamatan. sejajar dengan hal ini, para tenaga akademik dikawal oleh Peraturan Tatakelakuan Kakitangan Akademik dan diberi gaji berdasarkan tangga gaji pegawai perhidmatan awam.

5. Kehilangan minat pengajar
Implikasi yang timbul daripada hal tersebut ialah para tenaga akademik mula kehilangan minat terhadap tugas pengajaran dan penyelidikan yang dapat mempertahankan kecemerlangan akademik dan kewibawaan mereka sebagai golongan intelek. Ramai pensyarah yang berlumba-lumba untuk merebut pelbagai jawatan pentadbiran yang dapat menjanjikan pendapatan yang lebih. Mereka mulai patuh kepada pentadbiran dan menjalankan tugas sebagai seorang birokrat, iaitu meniru cara berpakaian birokrat, bekerja mengikut waktu pejabat, malah ada yang membataskan peranan masing-masing kepada mengajar di bilik kuliah ibarat guru sekolah tanpa mengambil berat kerja-kerja penyelidikan.




Kesimpulan :

Kita perlu memperbaiki keadaan tersebut. Jawatankuasa khas harus dilantik bagi merintis jalan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan akademik sebagai tradisi kecemerlangan universiti. Kita harus ke arah mencapai dan menjadi sebuah universiti seperti "Harvard University" atau "Cambridge University" di Amerika dan England.

Alan, i help you to reduce you burden again!! Try to write this essay!!


Read the rest of this entry >>

Manfaat teknologi Komputer

1. Manfaat teknologi komputer

(a) Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran

- Ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.
- Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang berkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.

(b) Kemajuan sektor perindustrian

- Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat, tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini penting terutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.
- Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.
- Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.
Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan.

(c) Kemajuan kesihatan

- Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat penyakit berkenaan.
- Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.

(d) Kemajuan sains dan teknologi

- Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai persekitaran bumi.
Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan.
- Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga yang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia.

(e) Kemajuan pendidikan

- Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran.
- Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu.
- Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Alan! Tulis karangan ini dan hantar kepada Cikgu.. XD


Read the rest of this entry >>

Thursday, October 15, 2009

National Day



So boring!! There are no authors who post new things!
My turn to post again!! haiz
Here, i want to show you all how our school celebrate
National Day in school hall.

I also want to show you what is Satu Malaysia here:

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti


Read the rest of this entry >>